pendahuluan

Tuesday, 1 December 2015

PERANCANGAN

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID  


  1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1
Pendaftaran dan orentasi tahun 1 ini dijalankan pada 28 Disember 2015. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

      2. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.


       3. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

  1. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

  1. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

  1. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
  
  1. Sambutan Hari Kanak-Kanak
Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

  1. RMT & PSS
SeramaI 134 orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid tersebut diberikan makanan pada awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula.

  1. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Kuala Pegang.
  
  1. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sekali sepanjang tahun.
  
  1. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh.
  
  1. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
  
  1. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MDKP, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
  
  1. Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, Kedai Buku Sekolah, Dominos dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.
  
  1. Program Maju Diri
Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
  
  1. Sesi Kaunseling
Sekolah hanya mempunyai dua orang guru bimbingan. Guru bimbingan tersebut akan menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
  
  1. Pelancaran Program-program Semasa oleh Kerajaan
Pelbagai aktiviti atau program telah dan akan dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun. Oleh itu, pihak sekolah sering menyambut baik program yang dijalankan. Antara program-program yang turut dijayakan oleh pihak sekolah Kempen Berbudi Bahasa, Kempen Terima Kasih, Jauhi Denggi, Sayangi Sungai Kita, Cintai Malaysia dan pelbagai lagi. 

Wednesday, 25 November 2015

PERANCANGAN HEM 2016

MATLAMAT HAL EHWAL MURID 2016
Matlamat perancangan Hal Ehwal Murid dirancang dan disediakan untuk membentuk budaya kerja yang berkualiti, terancang dan mantap disamping menerapkan nilai-nilai murni untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui program yang inovatif, efesian dan efektif berlandaskan objektif utama HEM 2016.


OBJEKTIF UTAMA PERANCANGAN HAL EHWAL MURID ADALAH: 
  • Sebagai garis panduan dalam mengendalikan aktiviti unit-unit Hal Ehwal Murid.
  • Melahirkan murid-murid yang sihat, berdisiplin dan berhemah tinggi.
  • Melahirkan perasaan cintakan sekolah.
  • Melahirkan sikap bekerjasama dan menyokong semua aktiviti sekolah dengan mengambil bahagian yang aktif.
  • Mahir dan meghayati rasa tanggungjawab bersama dalam melaksanakan kawalan disiplin sekolah.

Tuesday, 24 November 2015

PENDAHULUAN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnianya dapat menyediakan sebuah blog yang dapat memberi maklumat informasi Hal Ehwal Murid di SK Kuala Pegang. Adalah menjadi harapan saya agar blog ini boleh dijadikan sebagai Portal Pengurusan Hal Ehwal Murid SK Kuala Pegang untuk rujukan seluruh warga pendidik di sekolah ini.Saya juga mengambil kesempatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan portal ini agar lebih efisian dengan trend semasa. Blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang berhubung Pengurusan hal Ehwal Murid. Moga akan memberi manfaat kepada kita semua.